Close

OnePlus 11 adalah peranti pertama di dunia dengan Bionic Vibration Motor



OnePlus telahpun menjadualkan acara pelancaran OnePlus 11 pada 4 Januari 2023 di China. Berikutan dari itu, pelbagai maklumat dan juga beberapa imej awal telahpun dikongsi secara rasmi oleh pihak OnePlus.

Terkini, OnePlus mendakwa yang OnePlus 11 akan menjadi peranti pertama di dunia hadir dengan teknologi bionic vibration motor. Menurut OnePlus, bionic vibration motor adalah motor paling berkuasa dan terbesar yang pernah ada pada telefon pintar. 

OnePlus turut menyatakan yang motor getaran ini adalah 17% lebih baik dari iPhone 14 Pro dan 91% lebih baik dari peranti premium di pasaran ketika ini. Selain itu, motor ini juga dikatakan mempunyai getaran yang lebih kuat dan lebih tajam.

Menjelang hari pelancarannya yang tinggal beberapa hari sahaja lagi. Mungkin akan ada lebih banyak maklumat yang akan dikongsi. Sama-sama kita nantikan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN