Close

OnePlus menjanjikan kemaskini sehingga lima tahun untuk peranti 2023 dan ke atas

Pada ketika ini, OnePlus menawarkan kemaskini Android sehingga tiga tahun dan kemaskini keselamatan sehingga empat tahun untuk peranti semasa mereka. Namun, OnePlus dijangka akan menawarkan kemaskini yang lebih panjang berbanding sekarang.

Melalui satu temubual media di London, pihak OnePlus menyatakan yang mereka komited untuk memberikan kemaskini yang lebih panjang iaitu empat tahun untuk kemaskini Android dan lima tahun untuk kemaskini keselamatan.
Menurut OnePlus, perubahan kemaskini ini dibuat kerana kebanyakkan pengguna ketika ini dilihat mementingkan kemaskini pada peranti mereka. Namun begitu, kemaskini yang lebih panjang ini hanya akan diberikan kepada peranti premium dan peranti kelas pertengahan (Nord) yang dilancarkan pada 2023 dan seterusnya.
Dalam masa yang sama, pihak OnePlus turut mengesahkan yang Oxygen OS 13.1 akan diperkenalkan secara global pada pertengahan tahun hadapan. Melalui kemaskini itu, ia dijangka hadir dengan beberapa fungsi menarik seperti audio spatial, aqumorphic design, private safe 2.0, AI system booster dan juga Always on Display.

ARTIKEL BERKAITAN