Close

OnePlus bakal hasilkan papan kekunci mekanikal yang boleh diubahsuai sepenuhnya

OnePlus mengesahkan yang mereka bakal menawarkan satu lagi produk baharu iaitu papan kekunci mekanikal. Papan kekunci mekanikal ini akan dilancarkan dengan kerjasama Keychron yang merupakan salah satu pengeluar papan kekunci mekanikal.

Malangnya,buat masa ini tiada sebarang maklumat yang dikongsi mengenai papan kekunci mekanikal ini. Namun. papan kekunci mekanikal ini dikatakan akan hadir dengan reka bentuk yang boleh diubahsuai secara sepenuhnya.

Pemilihan produk baharu ini dibuat melalui undian ahli komuniti OnePlus mengenai produk masa hadapan yang akan dihasilkan oleh OnePlus. Undian papan kekunci mekanikal telah mendapat tempat teratas dan merupakan kategori paling popular ketika ini.

OnePlus akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai papan kekunci mekanikal ini pada 15 Disember melalui forum OnePlus. Selain itu, papan kekunci mekanikal dari OnePlus ini dijangka akan dilancarkan secara global pada 2023. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN