Close

OnePlus memperlihatkan video rasmi OnePlus 11

Sebelum ini, pelbagai laporan mengenai siri OnePlus 11 telahpun tertiris di arena web. Antara laporan yang tertiris adalah seperti rekaan awal dan juga spesifikasi asas yang akan digunakan pada OnePlus 11.

Terkini, OnePlus secara rasmi telah berkongsi video rasmi yang memperlihatkan rekaan siri OnePlus 11. Melalui video tersebut, memperlihatkan yang siri OnePlus 11 akan hadir dengan rekaan kamera jenis bulat bersama dengan penjenamaan kamera dari Hasselblad. Selain itu, dapat dilihat yang OnePlus akan membawakan kembali butang alert slider pada siri OnePlus 11.

Namun begitu, OnePlus tidak mendedahkan rekaan panel hadapan dan juga spesifikasi lain yang akan dibawa pada siri OnePlus 11. Siri OnePlus 11, dijangka akan diumumkan pada suku pertama 2023.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN