Close

Oppo dan OnePlus umum kerjasama stratergik

Bersempena ulang tahun ke-9 OnePlus, OnePlus mengumumkan yang mereka telah merangka kerjasama strategik dengan Oppo selama 3 tahun sehingga 2025.


Melalui kerjasama strategik ini, Oppo akan melabur sebanyak CNY 10 billion (RM6 billion) dan pasaran China akan menjadi negara pertama yang akan memanfaatkan kerjasama ini.
Kerjasama strategik ini juga dinamakan sebagai ‘dwi-jenama’. Melaluinya, OnePlus akan menerajui peranti andalan untuk kedua-dua jenama. Sementara, Oppo pula akan berkongsi teknologi terbaru untuk diletakkan dalam produk yang akan datang.
Selain itu, peranti dan juga aksesori OnePlus bakal dijual secara eksklusif secara dalam talian melalui kedai rasmi Oppo. Pengguna juga boleh mendapatkan perkhidmatan baik pulih di pusat perkhidmatan Oppo di seluruh negara. Aplikasi komuniti OnePlus juga telah dilancarkan semula di China untuk memudahkan pengguna berkongsi pendapat mengenai OnePlus.

ARTIKEL BERKAITAN