Close

Oppo menjanjikan kemaskini sehingga lima tahun untuk peranti andalan bermula 2023


Buat masa ini, Oppo menawarkan kemaskini Android selama tiga tahun dan kemaskini keselamatan selama empat tahun untuk peranti semasa mereka. Namun, bermula 2023 Oppo akan menawarkan kemaskini yang lebih panjang iaitu kemaskini Android selama empat tahun dan kemaskini keselamatan selama lima tahun.


Namun begitu, kemaskini yang lebih panjang ini hanya akan diterima oleh peranti andalan terpilih sahaja, yang dilancarkan pada 2023. Manakala, untuk peranti kelas pertengahan dan lain-lain akan masih menerima kemaskini yang sama seperti sebelum ini.



Selain itu, Oppo turut menyatakan yang ColorOS 13 adalah kemaskini paling banyak digunakan ketika ini dan paling pantas yang diberikan berbanding ColorOS 12.


Selain Oppo, beberapa pengeluar lain seperti OnePlus dan Samsung turut menawarkan kemaskini yang lebih panjang untuk peranti mereka iaitu kemaskini Android selama empat tahun dan kemaskini keselamatan selama lima tahun.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN