Close

Kemaskini OxygenOS 13 kini tersedia untuk pengguna OnePlus 10T


Berita gembira buat pengguna OnePlus 10T, anda kini boleh mengemaskini peranti anda ke OxygenOS 13 yang berasaskan Android 13 bermula hari ini.

OxygenOS 13 membawakan perubahaan ketara pada antaramuka yang dipanggil sebagai Aquamorphic. Selain itu, ia turut hadir dengan pelbagai fungsi baharu yang menarik seperti sokongan widget baharu, lebih banyak pilihan font, pengomptimuman yang lebih baik, privasi yang dipertingkat, Always-On Display dan lain-lain.

Untuk semak kemaskini OxygenOS 13, pergi ke tetapan > sistem dan periksa kemaskini sistem. Buat masa ini, kemaskini ini diberikan secara berperingkat.

ARTIKEL BERKAITAN