Close

Pelan Prabayar Unifi Mobile kini mempunyai FUP 100GB dengan kelajuan maksimum 5Mbps

Unifi hari ini mengemaskini penawaran pelan prabayar Unifi Bebas mereka, yang mana ia terarah kepada penggunaan data 4G.

Melalui kemaskini tersebut, penggunaan data 4G kini mempunyai had penggunaan data (FUP) pada 100GB, had kelajuan maksimum 5Mbps dan juga Hotspot pada 10GB. Sekiranya, penggunaan melebihi dari had yang ditetapkan (FUP), had kelajuan akan diturunkan kepada 512kbps.
Namun begitu, kemaskini pelan ini hanya tersedia untuk penggunaan data 4G sahaja. Sementara untuk pelan penggunaan data 5G ia masih lagi tidak mempunyai sebarang had penggunaan data (FUP) dan juga had kelajuan.
Kemaskini bagi pelan prabayar Unifi Bebas baharu ini dikuatkuasa bermula pada hari ini iaitu 20 Disember 2022.

ARTIKEL BERKAITAN