Close

Pelancaran Set Kepala AR Apple dilaporkan akan ditangguh ke penghujung tahun 2023


Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan yang Apple akan melancarkan set kepala AR pertama dalam masa terdekat selepas Apple menukar nama sistem operasi dari realityOS kepada xrOS.



Namun, menurut Ming-Chi Kuo. Perkara tersebut tidak akan berlaku berikutan Apple dikatakan merancang untuk menagguhkan pelancaran set kepala tersebut ke penghujung tahun 2023. Walaubagaimanapun, Apple masih merancang untuk memulakan pengeluaran komponen set kepala AR pada suku pertama 2023.


Dalam waktu yang sama, Kuo berpendapat Apple mungkin boleh mengumumkan set kepala AR pada suku pertama 2023 dan mengeluarkan pada penghujung tahun 2023, seperti mana Apple melakukan pada produk mereka yang lain.


Selain itu, Apple dikatakan hanya merancang untuk menghasilkan kurang dari 500,000 unit set kepala AR untuk tahun 2023. Dengan acara WWDC yang akan berlangsung pada Januari 2023, kita berkemungkinan akan melihat set kepala tersebut akan diumumkan kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN