Close

Pengeluaran iPhone 14 Pro dilaporkan merosot sehingga 20 juta unit

Apple ketika ini sedang melalui waktu sukar disebabkan oleh masalah pengeluaran yang dihadapi kilang mereka di Zhengzhou China.

Berikutan dari masalah itu, penganalisa Ming-Chi Kuo menjangkakan yang pengeluaran iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max akan merosot sehingga 20 juta unit. Ketika ini, kilang tersebut dikatakan hanya beroperasi pada kadar 20% kerana tidak mempunyai tenaga kerja yang mencukupi.

Seperti mana yang dilaporkan sebelum ini, masalah pengeluaran iPhone 14 berlaku kerana wabak COVID yang melanda China menyebabkan kilang terpaksa ditutup dan rusuhan pekerja berikutan Apple gagal memenuhi pembayaran bonus pekerja.

Bagi yang tidak mengetahui, kilang iPhone di Zhengzhou China adalah kilang terbesar yang menghasilkan iPhone yang merangkumi permintaan global. Berikutan isu ini, Apple dilihat bakal mengalami kerugian kerana permintaan pengguna gagal untuk dipenuhi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN