Close

PewDiePie kongsi pengalaman buruk ketika di Malaysia

Seperti yang kita tahu, Malaysia sering menjadi tumpuan lokasi percutian bagi kebanyakkan orang. Tidak terkecuali dengan PewDiePie.

Baru-baru ini, PewDiePie telah berkongsi pengalaman buruk beliau ketika berada di Malaysia. Pengalaman buruk tersebut timbul sewaktu beliau dalam perjalanan pulang dari Malaysia.

Menurut beliau, pesawat yang dinaiki tidak berlepas seperti yang djadualkan dan terkandas selama dua jam sebelum diminta untuk keluar kerana tiada lagi penerbangan pada hari itu. Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada jam 2 pagi menyebabkan beliau terpaksa tidur di lobi kerana gagal menempah hotel kerana penuh.

Tetapi apa yang lebih teruk adalah, beliau telah dilayan seperti pengganas ketika di dalam pesawat kerana membawa bateri mudah alih (portable). Walaubagaimanapun, PewDiePie tidak mendedahkan nama syarikat penerbangan tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN