Close

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu kontrak perjanjian 5G dinilai semula

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semakan semula dibuat untuk kontrak rangkaian 5G di Malaysia yang bernilai RM11 billion. Arahan semakan semula itu dikeluarkan kerana ia dikatakan tidak dilakukan secara telus.

Kontrak rangkaian 5G yang bernilai RM 11 billion itu telah diberikan kepada Syarikat Telekomunikasi Sweden iaitu Ericsson di bawah pentadbiran sebelum ini. Penilaian semula kontrak ini adalah untuk memastikan ia mengikut prosedur kewangan yang ketat dan juga dilakukan dengan cara yang betul.

DNB ditubuhkan adalah untuk melaksanaan rangkaian 5G di Malaysia, yang mana pada ketika itu negara diterajui oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.


Menteri Komunikasi dan Digital iaitu Fahmi Fadzil turut dikatakan bersedia untuk berjumpa DNB secara terus untuk mengetahui keadaan sebenar. Beliau juga turut bersedia untuk mengetahui lebih lanjut mengenai isu pengagihan spektrum 5G yang telah menimbulkan pelbagai persoalan sebelum ini.

Namun, tidak dapat dipastikan adakah penilaian semula kontrak rangkaian 5G akan memberi kesan kepada penyedia rangkaian 5G sedia ada.

ARTIKEL BERKAITAN