Close

Pratempahan realme 10 Pro+ dan 10 Pro kini dibuka di Malaysia

realme 10 Pro+ dan 10 Pro secara rasmi akan dilancarkan di Malaysia melalui acara pelancaran yang akan berlangsung pada 8 Disember ini. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih terkini.

Berikutan dari itu, realme sedia membuka pratempahan lebih awal yang mana ia bermula hari ini sehingga 15 Disember 2022. Pratempahan tersebut boleh dibuat melalui kedai atas talian atau di semua pengedar sah realme di seluruh Malaysia. 

Setiap pratempahan akan menerima hadiah menarik seperti realme Band 2 bernilai RM169, jaminan tambahan satu tahun bernilai RM59 dan juga hadiah misteri sehingga RM2999 menerusi gores & menang.

realme 10 Pro+ dan 10 Pro akan dilengkapi dengan skrin sehingga 120Hz, kamera 108 MP, RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Malangnya, tiada harga rasmi yang dikongsi oleh realme buat masa ini.

ARTIKEL BERKAITAN