Close

Program beta Nothing OS 1.5 kini dibuka untuk pengguna

Kebanyakkan pengeluar ketika ini mula memberikan kemaskini berasaskan Android 13 pada peranti mereka. Nothing juga tidak mahu ketinggalan untuk mula memberikan kemaskini Android 13 pada Nothing Phone (1).

Berikutan dari itu, Nothing hari ini mula membuka peluang buat semua pengguna mereka untuk menyertai program beta Nothing OS 1.5. Untuk menyertai program ini, pengguna perlu mendaftar seterusnya akan mula menerima kemaskini pada pertengahan Disember ini.

Sebelum ini, pengasas Nothing iaitu Carl Pei telah memperlihatkan tangkap layar Nothing Phone (1) menjalankan Nothing OS 1.5.0 yang berasaskan Android 13. Nothing OS 1.5.0 dijangka akan membawakan beberapa perubahan dari segi antaramuka dan juga fungsinya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN