Close

realme 10 Pro+ 5G dan 10 Pro 5G kini rasmi di Malaysia dengan harga bermula RM1299

realme mengemaskini peranti baharu mereka dengan melancarkan realme 10 Pro+ 5G dan realme 10 Pro 5G untuk pasaran Malaysia. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih terkini.


realme 10 Pro+ 5G


Merupakan peranti paling premium untuk siri realme 10, hadir dengan skrin jenis melengkung bersaiz 6.7-inci AMOLED FHD+ dengan paparan 120Hz. Turut menyokong fungsi PWM Dimming pada 2160Hz, menjadikan ia peranti pertama di Malaysia hadir dengan fungsi tersebut. Dikuasakan dengan cip Dimensity 920 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

 

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108 MP + 8 MP ultra lebar + 2 MP makro. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16 MP. Melengkapkannya, bateri sebesar 5000mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas 67W.

Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pengimbas cap jari dibawah skrin, dua pembesar suara jenis stereo, Bluetooh 5.2, NFC dan menjalankan realme ui 4.0 berasaskan Android 13.

Untuk harga jualan, realme 10 Pro+ 5G dijual pada harga RM1599 untuk 8GB+128GB dan RM1799 untuk 12GB+256GB. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Dark Matter dan Hyperspace Gold. 

Bagi yang berminat, pra-tempahan realme 10 Pro+ 5G akan bermula pada 12 Disember. Bersempena dengan pelancarannya, anda boleh membeli realme 10 Pro+ 5G dengan harga promosi RM1399 untuk 8GB+128GB.

realme 10 Pro 5G

Manakala untuk realme 10 Pro 5G, ia hadir dengan skrin rata bersaiz 6.72-inci IPS LCD FHD+ dengan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 695 5G yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB. Dimuatkan dengan bateri sebesar 5000mAh bersama pengecasan pantas 33W.

Dari segi fotografi, ia dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 108 MP + 2 MP depth. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor 16 MP. Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti pengimbas cap jari dibawah skrin, pembesar suara jenis stereo, Bluetooh 5.2, NFC, bicu audio 3.5mm, menjalankan realme ui 4.0 berasaskan Android 13.

Untuk harga jualan, realme 10 Pro 5G dijual pada tanda harga RM1299 untuk 8GB+256GB, ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Nebula Blue dan Hypespace Gold. Bagi yang berminat. realme 10 Pro 5G akan mula dijual pada 12 Disember 2022.

ARTIKEL BERKAITAN