Close

Redmi dengan kamera 200MP akan dilancarkan pada Januari 2023

Redmi menjadualkan acara pelancaran peranti baharu mereka iaitu Redmi Note 12 Pro+ 5G pada 5 Januari 2023. Redmi merupakan penjenamaan di bawah Xiaomi yang memfokuskan kepada peranti kelas pertengahan premium dengan harga yang lebih mampu milik.

Perkara menarik mengenai Redmi Note 12 Pro+ 5G adalah berkenaan keupayaan kamera. Yang mana,  peranti ini merupakan telefon Redmi pertama hadir dengan penawaran kamera sehingga 200MP. Selain itu, ia turut menyokong rangkaian 5G berdasarkan dari poster yang dikongsi.

Malangnya, buat masa ini tiada sebarang maklumat yang dikongsi mengenai spesifikasi penuh Redmi Note 12 Pro+ 5G. Seperti biasa, kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan dikongsi menjelang hari pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN