Close

Redmi Note 12 Pro Speed Edition dilancarkan – Snapdragon 778G, kamera 108MP dan skrin OLED 120Hz

Redmi sedia menawarkan satu lagi peranti baharu di bawah siri Redmi Note 12 dengan melancarkan Redmi Note 12 Pro Speed Edition. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah peningkatan spesifikasi tetapi masih membawakan rekaan yang sama seperti model semasa.

Redmi Note 12 Pro Speed Edition dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.67-inci OLED 120Hz, resolusi FHD+, HDR10+ dan turut menyokong kecerahan puncaK 900 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 778G, RAM sehingga 12GB dan storan dalam sehingga 256GB. Bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas berwayar 67W.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP ISOCELL HM2 + 8MP ultra sudut lebar + 2MP makro. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 16MP.

Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti NFC, bicu audio 3.5mm, penarafan IP53, pembesar suara jenis stereo, Bluetooth 5.2, MIUI 14 berasaskan Android 13 dan sebagainya.

Untuk harga jualan, Redmi Note 12 Pro Speed Edition dijual pada harga bermula CNY1,699 (RM1079) 6GB + 128GB, CNY1,799 (RM1142) 8GB + 128GB dan CNY1,999 (RM1269) 8GB + 256GB. Buat masa ini, peranti ini hanya tersedia untuk pasaran China sahaja. Tiada maklumat mengenai ketersediaan untuk pasaran Global.

ARTIKEL BERKAITAN