Close

Reka bentuk siri Samsung Galaxy S23 tertiris

Samsung dijangka akan memperkenalkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu siri Samsung Galaxy S23. Melaluinya, Samsung akan menawarkan tiga varian di bawah siri Galaxy S23 iaitu Galaxy S23, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra.

Terkini, imej rekaan siri Galaxy 23 telah tertiris sekaligus memperlihatkan rekaan penuh peranti tersebut. Melalui imej tersebut, memperlihatkan perubahan ketara pada rekaan kamera belakang yang mana ia tampil dengan lebih nipis. Untuk tetapan kamera, Galaxy S23 dan Galaxy S23+ menggunakan tetapan tri-kamera, sementara Galaxy S23 Ultra menggunakan tetapan kuad-kamera.
Dari segi rekaan, Samsung Galaxy S23 dan Galaxy S23+ menggunakan rekaan bingkai yang sama iaitu jenis bulat, manakala untuk Galaxy S23 Ultra pula menggunakan rekaan bingkai jenis berkotak dan terdapat ruang penyimpanan S Pen.
Manakala pada bahagian sisi kanan, terdapat butang kuasa, butang kawalan audio dan juga antena 5G mmWave.
Secara keseluruhan, tiada perubahan ketara dari segi rekaan yang dibawakan pada siri Galaxy S23. Masih membawakan rekaan yang sama seperti model sebelumnya.

ARTIKEL BERKAITAN