Close

Samsung Galaxy S20 Ultra kini menyokong Yes 5G


Berita gembira buat semua pengguna Samsung Galaxy S20 Ultra di Malaysia. Yang mana, peranti tersebut kini menyokong rangkaian 5G melalui Yes 5G. Perkara tersebut diumumkan melalui Facebook rasmi Yes 5G.

Berikutan dari itu, pelanggan Yes 5G yang menggunakan Samsung Galaxy S20 Ultra kini boleh merasai kelajuan dan menikmati data tanpa had dengan 5G.

Tetapi, sekiranya peranti anda masih lagi tidak menyokong rangkaian Yes 5G, anda disarankan untuk mengemaskini sistem operasi kepada yang terkini iaitu One UI 5.0 yang berasaskan Android 13. Selain itu, anda juga perlu berada di kawasan yang mempunyai perkhidmatan rangkaian Yes 5G.

Yes merupakan syarikat telekomunikasi terawal yang hadir dengan perkhidmatan rangkaian 5G di Malaysia. Ia juga turut menawarkan pelan rangkaian dengan data 5G tanpa had pada harga RM30 sebulan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN