Samsung Galaxy S24 Ultra mungkin hadir dengan kamera telefoto baharu - FUZZ.MY

Friday, December 30, 2022

Samsung Galaxy S24 Ultra mungkin hadir dengan kamera telefoto baharu



Biarpun, siri Samsung Galaxy S23 belum lagi dilancarkan. Namun, telah ada beberapa laporan tertiris mengenai Samsung Galaxy S24 Ultra.


 

Menurut Ice Universe, Samsung mungkin akan menggunakan kamera telefoto baharu pada Samsung Galaxy S24 Ultra. Yang mana, sensor baharu ini dikatakan mempunyai keupayaan yang lebih baik dari model sebelumnya. Namun begitu, beliau tidak mendedahkan secara khusus mengenai sensor kamera yang akan digunakan.


Walaubagaimanapun, Samsung mungkin tidak membawa perubahan yang ketara pada kamera utama Galaxy S24 Ultra, sebaliknya akan mengekalkan kamera yang sama yang digunaka pada model sebelumnya iaitu Galaxy S23 Ultra.


Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai Samsung Galaxy S24 Ultra berikutan hari pelancaran untuk peranti tersebut masih lagi jauh. Mungkin akan ada perubahan spesifikasi dari masa ke semasa.