Terkini, menurut pakar tiris Ross Young. Samsung mungkin hadir dengan skrin yang luar yang lebih besar berbanding model sebelumnya. Saiz skrin luar yang mungkin akan digunakan pada Samsung Galaxy Z Flip5 adalah sekitar 3.3-inci sehingga 3.4-inci.
Selain akan hadir dengan skrin luar yang lebih besar, Samsung juga dikatakan akan membawakan perubahan pada skrin dalaman. Yang mana ia akan menggunakan reka bentuk engsel yang lebih baik dan dapat menggurangkan kesan lipatan.
Maklumat lain seperti spesifikasi dan juga tarikh pelancaran, buat masa ini belum lagi didedahkan.Seperti biasa, kami menjangkakan akan lebih banyak maklumat akan dikongsi dari masa ke semasa.