Good Lock telah dilancarkan pada 2016 yang lalu. Selepas enam tahun, ia akhirnya tersedia untuk semua pengguna Samsung di Malaysia.
Melalui Aplikasi ini, ia memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik, membolehkan pengguna menetapkan pelbagai aplikasi secara berasingan seperti Wallpaper, S-pen, Tema antaramuka, bunyi, Quick panel dan sebagainya.
Untuk mula menggunakannya, anda perlu memuat-turun aplikasi Good Lock di Galaxy Store.