Close

Samsung sekali lagi perli Apple dalam iklan terbaru mereka

Samsung sememangnya bijak dalam mempromosikan peranti mereka melalui iklan. Berikutan dari itu, Samsung telah memuat naik iklan baru yang memerli Apple dengan menyatakan “The Galaxy awaits you”.

Iklan yang berdurasi selama 30 saat itu, mengisarkan tentang seorang lelaki yang tidak dapat membuat keputusan untuk menukar ke peranti lain kerana risau terhadap pandangan kawannya sekiranya ia menggunakan peranti selain Apple.
Menariknya adalah, iklan tersebut dilakukan sangat ringkas dengan seorang lelaki sedang duduk di atas pagar, kemudian beliau diberi sebuah Galaxy Z Flip4 untuk mencuba dan seterusnya memilih untuk turun dari pagar yang mengambarkan beliau memilih Samsung dari Apple.
Iklan sebegini bukanlah pertama kali Samsung lakukan. Sebelum ini, Samsung telah mengeluarkan beberapa iklan yang memerli siri iPhone 14 sebelum ia dilancarkan.

ARTIKEL BERKAITAN