Close

Senarai Google Pixel untuk tahun 2023 hingga 2025 tertiris – Pixel Fold dan Pixel Flip tersenarai

Ia mungkin sesuatu yang mengejutkan untuk peminat Pixel, apabila maklumat terbesar mengenai senarai peranti yang akan dilancarkan oleh Google dari tahun 2023 hingga 2025 telahpun tertiris. 

Melalui dari senarai peranti yang tertiris, dapat dilihat yang Google bakal membawakan beberapa perubahan besar pada barisan peranti mereka untuk tahun 2023 hingga 2025.

Bermula dengan dua peranti dengan kod nama lynx iaitu Pixel 7a dan felix iaitu Pixel Fold dijangka akan dilancarkan pada acara Google I/O yang akan berlangsung pada bulan April atau Mei 2023. Jadi, kita bakal melihat peranti boleh-lipat pertama dari Google dalam masa beberapa bulan akan datang.

Seterusnya adalah siri Google Pixel 8, yang mana tiada perubahan ketara akan dibawakan. Namun, Pixel 8 mungkin hadir dengan saiz yang lebih kecil daripada Pixel 7. Sementara, Pixel 8 Pro akan hadir dengan rekaan yang sama seperti Pixel 7 Pro. Dikuasakan dengan cip Tensor G3 bersama dengan sensor dan sistem kamera baharu yang berkemungkinan ISOCELL GN2. Kod nama kedua-dua peranti adalah shiba dan husky.

Untuk tahun 2024, Google mungkin tidak akan melancarkan Pixel 8a. Tetapi, keputusan tersebut bergantung kepada permintaan Pixel 7a kerana Google mungkin akan menjual Pixel 8a lebih mahal dan tampil dengan spesifikasi lebih premium.

Sumber : Front Page Tech

Pada 2024 juga, Google dikatakan akan melancarkan tiga peranti secara serentak. Pixel 9 akan hadir dengan saiz yang sama seperti Pixel 8, Pixel 9 Pro akan hadir dengan skrin bersaiz 6.7-inci dan satu lagi peranti dengan skrin bersaiz 6.3-inci yang dikatakan sebagai model Pro tapi dengan saiz yang lebih kecil. Ketiga-tiga peranti akan dijana dengan cip Tensor G4.

Manakala untuk tahun 2025, Google dikatakan akan membawa haluan baru dengan memperkenalkan Pixel Flip. Namun, ia bergantung kepada permintaan pengguna kepada model sebelumnya. Sekiranya permintaan tidak seperti yang diharapkan kita mungkin akan melihat siri Google Pixel 10 sebagai penggantinya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN