Close

Set Kepala Apple akan menggunakan nama xrOS bukannya realityOS

Antara laporan awal mengenai set kepala AR dari Apple ialah ia akan menggunakan sistem operasi RealityOS. Namun, berdasarkan dari laporan terbaru. Apple dikatakan akan menggunakan nama sistem operasi yang berbeza.

Menurut pakar tiris Mark Gurman, Apple dikatakan secara dalaman telah menukar nama sistem operasi dari realityOS kepada xrOS. Pertukaran nama xr adalah merujuk kepada extended reality yang mana ia adalah gabungan AR dan VR.

Berikutan dari itu, sebuah syarikat bernama Deep Dive LLC dilaporkan telah memfailkan nama tersebut untuk kegunaan tanda dagangan pada beberapa negara.

Pertukaran nama ini juga dikatakan sebagai petanda yang set kepala AR ini akan dilancarkan dalam masa terdekat. Sebelum ini, terdapat laporan menyatakan yang Apple akan melancarkan set kepala AR pertama mereka pada 2022. Namun, laporan terbaru menyatakan Apple dijangka melancarkan peranti tersebut pada 2024.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN