Close

Shopee bakal naikkan caj komisen kepada penjual bermula 10 Januari 2023

Bermula pada 10 Januari 2023, Shopee bakal menaikkan caj komisen penjual Marketplace. Kenaikkan caj tersebut akan dikenakan bergantung kepada jenis atau kategori produk.

Kenaikkan caj tersebut hanya dikenakan kepada penjual tempatan yang telah mempunyai lebih dari 100 pesanan lengkap sejak menyertai Shopee. Caj komisen ini akan dikenakan kepada pesanan yang dibuat dan diselesaikan bermula 10 Januari 2023.
Selain itu, caj komisen yang dikenakan juga adalah berbeza mengikut sub-kategori. Kenaikkan caj ini juga tidak menjejaskan komisen sedia ada yang dibayar oleh Shopee Mall dan penjual luar negara. Semua barang keperluan, makanan ruji, makanan segar da juga makanan sejuk beku adalah dikecualikan daripada caj tersebut.
Sebab utama kenaikkan caj komisen dibuat adalah untuk meningkatkan perkhidmatan dan juga fungsi platform Shopee. Dalam masa yang sama dapat meluaskan peluang untuk mengeksport ke luar negara dan dapat meningkatkan program sokongan penjual yang disasarkan.

ARTIKEL BERKAITAN