Close

Siri Red Magic 8 Pro dilancarkan dengan harga mencecah RM3299

Nubia secara rasmi melancarkan siri baharu peranti permainan mereka iaitu Red Magic 8 Pro dan Red Magic 8 Pro+ bagi menggantikan model sedia ada. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan reka bentuk.

Dari segi rekaan, siri Red Magic 8 Pro tampil dengan rekaan yang lebih menarik dengan menggunakan bingkai jenis rata dan bingai skrin yang lebih nipis. Selain itu, ia turut tampil dengan dua jenis kemasan iaitu kesat (matte) dan juga lutsinar (tranparents).

Perbezaan ketara pada kedua-dua model adalah pada kapasiti bateri dan juga jenis pengecasan, yang mana untuk model biasa menggunakan bateri 6000mAh dan pengecasan pantas 80W. Sementara untuk model Pro+ menggunakan bateri 5000mAh dengan pengecasan pantasn 165W. 

Untuk spesifikasi, siri Red Magic 8 Pro dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.8-inci FHD+ bersama paparan 120Hz. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Dari segi fotografi, ia tampil dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Samsung ISOCELL GN2 + 8MP ultra sudut lebar + 2MP makro. Untuk swafoto, ia hadir dengan 16MP yang terletakkan di bawah skrin.

Antara spesifikasi lain yang ditawarkan pada siri Red Magic 8 Pro adalah seperti bicu audio 3.5mm, pembesar suara jenis stereo, sistem penyejukan ICE 11.0 dan menjalankan RedMagic OS 6 berasaskan Android 13.

Dari segi penawaran, Red Magic 8 Pro ditawarkan dengan harga bermula dari CNY3,999 (RM2544) 8GB+128GB dan Red Magic 8 Pro+ pula ditawarkan dengan harga bermula CNY5,199 (RM3299) 12GB+256GB. Buat masa ini, siri Red Magic 8 Pro hanya ditawarkan untuk pasaran China.

ARTIKEL BERKAITAN