Close

Siri Redmi K60 dilancarkan dengan harga bermula RM1395 – Cip MediaTek 8200 dan Snapdragon 8 Gen 2

Sub-jenama kepada Xiaomi iaitu Redmi telah melancarkan barisan baharu peranti mereka melalui siri Redmi K60. Hadir dengan tiga varian berbeza iaitu Redmi K60 Pro, Redmi K60 dan Redmi K60E. Semua model tampil dengan beberapa peningkatan spesifikasi dan juga reka bentuk.

Redmi K60 Pro



Redmi K60 Pro merupakan varian paling premium untuk siri ini, tampil dengan skrin bersaiz 6.67-inci AMOLED 120Hz, resolusi 2K dan turut menyokong kecerahan puncak 1400 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, RAM sehingga 16GB LPDDR5 dan storan dalam sehingga 512GB UFS 4.0. Bateri 5000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas berwayar 120W dan pengecasan tanpa wayar 30W.

Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 16MP.

Dari segi harga jualan, Redmi K60 Pro dijual pada tanda harga bermula CNY3,299 (RM2098) untuk model asas 8GB + 128GB, sementara untuk spesifikasi paling tinggi ia dijual pada tanda harga CNY4,599 (RM2930) untuk 16GB + 512GB.

Redmi K60


Untuk Redmi K60, ia hadir dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang digabungkan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 3.1. Dilengkapi dengan skrin 6.67-inci AMOLED 120Hz, resolusi 2K dan turut menyokong kecerahan puncak 1400 nits. Bateri sebesar 5500mAh yang turut menyokong pengecasan pantas berwayar 67W dan 30W pengecasan tanpa wayar.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 16MP.

        

Untuk harga jualan, Redmi K60 dijual pada harga bermula CNY 2,499 (RM1590) untuk model asas 8GB + 128GB, sementara untuk spesifikasi paling tinggi ia dijual pada tanda harga CNY3,599 (RM2290) untuk 16GB + 512GB.

Redmi K60E


Manakala untuk Redmi K60E, ia dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.67-inci AMOLED 120Hz, resolusi 2K dan turut menyokong kecerahan puncak 1200 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 8200, RAM sehingga 12GB LPDDR5 dan storan dalam sehingga 512GB UFS 4.0. Bateri 5500mAh yang turut menyokong pengecasan pantas berwayar 67W.

Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 48MP + 8MP ultra lebar + 2MP makro. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 20MP. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti NFC, Bluetooh 5.2, pembesar suara jenis stereo, pengimbas cap jari pada butang kuasa, IR Blaster, Corning Gorilla Glass Victus dan lain-lain.

Untuk harga jualan, Redmi K60E dijual pada harga bermula CNY 2,199 (RM1399) untuk model asas 8GB + 128GB, sementara untuk spesifikasi paling tinggi ia dijual pada tanda harga CNY2,799 (RM1780) untuk 12GB + 512GB.

ARTIKEL BERKAITAN