Close

Siri Samsung Galaxy S23 mungkin akan dilancarkan pada 1 Februari 2023

Biarpun, Samsung belum lagi mendedahkan sebarang maklumat mengenai siri Samsung Galaxy S23. Namun, pelbagai laporan mengenai siri Samsung Galaxy S23 telahpun tertiris antaranya seperti rekaan, spesifkasi dan juga skor penanda aras.

February 1

— Ice universe (@UniverseIce) December 21, 2022

 

Terkini, terdapat laporan menyatakan siri Samsung Galaxy S23 mungkin akan dilancarkan pada 1 Febuari 2023 melalui acara Galaxy Unpacked. Laporan tersebut merujuk kepada dua pakar tiris popular iaitu Ice Universe dan OnLeaks.


Sekiranya, tarikh pelancaran itu adalah tepat. Siri Samsung Galaxy S23 akan dilancarkan tujuh hari lebih awal berbanding siri Samsung Galaxy S22 yang dilancarkan pada 8 Februari 2022.

Siri Samsung Galaxy S23 dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2, paparan 120Hz, kamera 50MP dan kamera swafoto 32MP. Selain itu, ia turut dijangka hadir dengan bonggol kamera yang lebih nipis dan rekaan yang lebih baik dari model sebelumnya.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN