Close

Siri Tecno Phantom X2 dilancarkan dengan harga mencecah RM4098

Tecno mengemaskini barisan peranti mereka dengan melancarkan dua siri baharu iaitu Tecno Phantom X2 dan Tecno Phantom X2 Pro. Membawakan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dengan rekaan yang lebih menonjol.

Secara asasnya, kedua-dua model ini membawakan spesifikasi yang sama iaitu hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.8-inci FHD+ 120Hz yang dilindungi dengan Corning Gorilla Victus. Dijana dengan cip Dimensity 9000 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB LPDDR5 dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1. Bateri 5160mAh dimuatkan dengan pengecasan pantas 45W.

Perbezaan pada kedua-dua model adalah pada kemampuan kamera. Yang mana Phantom X2 Pro ia hadir dengan kamera utama 50 MP ISOCELL GNV +  50 MP telefoto ISOCELL JN1 + 13 MP ultra lebar. Sementara, Phanton X2 ia hadir dengan kamera utama 64 MP + 13 MP ultra lebar + 2 MP depth. Untuk swafoto, kedua-dua hadir dengan sensor 32 MP.

Dari segi harga jualan, Phantom X2 Pro di jual pada harga bermula RM4098 (SAR3,500), ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Stardust Grey dan edisi terhad Mars Orange. Manakala Phantom X2 dijual pada harga bermulam RM3161 (SAR2,700) dan turut ditawarkan dua pilihan warna Stardust Grey dan Moonlight Silver

ARTIKEL BERKAITAN