Close

Siri Xioami 13 dilancarkan dengan harga bermula dari RM2531

Xiaomi secara rasmi mengumumkan barisan baharu peranti andalan mereka iaitu Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah peningkatan dari segi spesifikasi dan juga reka bentuk yang lebih baik dari model sebelumnya.

Xiaomi 13 Pro


Xiaomi 13 Pro dilengkapi dengan skrin melengkung bersaiz 6.73-inci OLED QHD+ LPTO. Turut menyokong paparan 1~120Hz, HDR10+. Dobly Vision, puncak kecerahan sehingga 1900 nits dan dilindungi dengan Gorilla Glass Victus. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB LPDDR5X dan storan dalama sehingga 512GB UFS 4.0.

Untuk fotografi, ia membawakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama sebesar 1-inci 50 MP + 50 MP telefoto + 50 MP ultra lebar.  Keupayaan kamera belakang turut ditala dengan teknologi Leica Lens. Sementara untuk kamera swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 32 MP. Bateri sebesar 4820mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas berwayar 120W, 50W tanpa wayar dan 10W pengecasan berbalik tanpa wayar.

Spesifikasi yang turut hadir adalah seperti penarafan IP68, pengimbas cap jari dibawah skrin, Wi-Fi 6e, pembesar suara jenis stereo. NFC, Bluetooth 5.3, IR Blaster dan lain-lain.

Untuk harga jualan di China, Xiaomi 13 Pro dijual pada harga bermula pada RM3163 (RMB 4,999) untuk 8GB+128GB, RM3417 (RMB 5,399) untuk 8GB+256GB, RM3670 (RMB 5,799) untuk 12GB+256GB dan RM3986 (RMB 6,299) untuk 12GB+512GB. Ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu White, Black, Green, dan Light Blue.

Xiaomi 13

Manakala untuk Xiaomi 13, ia dilengkapi dengan skrin rata bersaiz 6.3-inci OLED FHD+ . Turut menyokong paparan 120Hz, HDR10+. Dobly Vision, puncak kecerahan sehingga 1900 nits dan dilindungi dengan Gorilla Glass Victus. Dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB LPDDR5X dan storan dalama sehingga 512GB UFS 4.0.

Dari segi fotografi, ia membawakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50 MP + 10 MP telefoto + 12 MP ultra lebar.  Keupayaan kamera belakang turut ditala dengan teknologi Leica Lens. Sementara untuk kamera swafoto ia hadir dengan sensor sebesar 32 MP. Bateri sebesar 4500mAh dimuatkan bersama pengecasan pantas berwayar 67W, 50W tanpa wayar dan 10W pengecasan berbalik tanpa wayar.

Spesifikasi yang turut hadir adalah seperti penarafan IP68, pengimbas cap jari dibawah skrin, Wi-Fi 6e, pembesar suara jenis stereo. NFC, Bluetooth 5.3, IR Blaster dan lain-lain.

Untuk harga jualan di China, Xiaomi 13 dijual pada harga bermula pada RM2531 (RMB 3,999) untuk 8GB+128GB, RM2729 (RMB 4,299) untuk 8GB+256GB, RM2910 (RMB 4,599) untuk 12GB+256GB dan RM3163 (RMB 4,999) untuk 12GB+512GB. Ditawarkan dalam empat pilihan warna iaitu White, Black, Green, dan Light Blue.

Di China, pra-tempahan untuk kedua-dua model telahpun dibuka bermula hari ini dengan penghantaran pertama pada 14 Disember. Buat masa ini, Xiaomi Malaysia belum lagi mendedahkan sebarang tarikh mengenai pelancarannya siri Xiaomi 13 di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN