Close

Skor penanda aras Google Pixel Fold tertiris

Sumber : FPT
Telefon boleh-lipat pertama dari Google dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi. Merujuk kepada laporan terbaru, yang memperlihatkan skor penanda aras Google Pixel Fold.

Skor penanda aras dikesan pada Geekbench dengan menggunakan nama Google Felix dan dikatakan sebagai Google Pixel Fold. Membawakan spesifikasi yang sama seperti Google Pixel 7 Pro iaitu hadir dengan cip Tensor G2 dan 12GB RAM.
Dengan tertirisnya skor penanda aras, ia memberikan pentanda bahawa Google Pixel Fold kini sedang dalam ujian dan dijangka akan dilancarkan pada tidak lama lagi.
Sumber : FPT
Google Pixel Fold dijangka akan membawakan rekaan yang sama seperti Pixel 7 Pro dengan skrin luaran bersaiz 6.19-inci 120Hz dan skrin dalaman bersaiz 8-inci 120 Hz. Seterusnya akan menggunakan bingkai jenis keluli bersama tetapan tri-kamera seperti Pixel 7 Pro.
Dari segi harga jualan, Google Pixel Fold dijangka akan dijual pada tanda harga bermula RM7886 ($1800), berkemungkinan akan diumumkan pada Google I/O yang akan berlangsung pada Mei 2023.

ARTIKEL BERKAITAN