Close

Spesifikasi lengkap OnePlus 11 tertiris sebelum pelancaran

OnePlus telahpun menjadualkan acara pelancaran peranti andalan mereka OnePlus 11 iaitu pada 7 Februari 2023 di India. Biarpun belum lagi diumumkan, pelbagai laporan mengenainya telahpun tertiris.

Terkini, berdasarkan dari perkongsian oleh TEENA di China, telah mengesahkan spesifikasi lengkap yang akan digunakan pada OnePlus 11. Melalui perkongsian tersebut, OnePlus 11 akan hadir dengan skrin bersaiz 6.7-inci QHD+ AMOLED LTPO bersama paparan 120Hz.


Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 yang dipadankan dengan RAM LPDDR5X sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.0. Bateri 5000mAh dimuatkan dengan pengecasan pantas 100W dan juga pengecasan tanpa wayar.

Untuk fotografi. OnePlus 11 hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 48MP ultra sudut lebar + 32MP telefoto. Ia juga masih lagi menggunakan penjenaaman kamera dari Hasselblad. Manakala, untuk swafoto ia hadir dengan sensor 16MP. 

Spesifikasi lain yang turut hadir adalah seperti butang alert slider, pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos, NFC, OxygenOS 13 dan pengimbas cap jari di bawah skrin.

                                               

Selain spesifikasi lengkap, skor penanda aras OnePlus 11 turut didedahkan dengan skor melebihi 1.3 juta, menjadikan ia skor tertinggi buat masa ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN