Close

Terengganu akan mula menyokong rangkaian 5G menjelang 2023

Ketika ini, Malaysia sedang mengalami perubahan rangkaian dari 4G ke 5G. Seiring dengan perubahan itu, kebanyakkan kawasan utama telahpun menerima liputan rangkaian 5G.

Tidak hanya tertumpu di kawasan utama sahaja liputan rangkaian 5G dijangka akan diperluaskan di beberapa negeri lain seperti Terengganu. Menurut Bernama, perlaksanaan liputan rangkaian 5G di Terengganu akan dilaksanakan bermula tahun hadapan.
Untuk permulaan, sembilan kawasan telah dipilih iaitu Pasar Payang, Mayang Mall, Wisma Darul Iman, Bangunan TD1303, bangunan baharu Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Hospitan Sultanah Nur Zahirah, Pusat Tranformasi Bandar (UTA) dan juga Kuala Terengganu City Center Mall (KTCC). Manakala, untuk kawasan lain ia akan dilakukan secara berperingkat.
Perlaksanaan rangkaian 5G di Malaysia adalah diterajui oleh Digital Nasional Berhad (DNB). Yang mana, DNB menyasarkan lebih banyak kawasan akan mula menerima rangkaian 5G menjelang 2023.

ARTIKEL BERKAITAN