Close

Tesla kini rasmi di Thailand – Model 3 dijual dengan harga bermula RM221K

Tesla Inc secara rasminya memasuki pasaran Thailand dengan menawarkan dua model kereta elektrik (EV) mereka iaitu Model 3 dan juga Model Y. 

Dari segi penawaran harga, untuk Model 3 ia dijual pada harga bermula RM221K (THB1,759,000) untuk model asas, meningkat kepada RM251K (THB1,999,000) untuk model Long Range dan model paling berkuasa iaitu Perfomance dijual pada harga RM290K (THB2,309,000).

Manakala untuk Model Y, ia dijual pada harga bermula RM246K (THB1,959,000) untuk model asas, seterusnya RM284K (THB2,259,000) untuk model Long Range dan RM315K (THB2,509,000) untuk model Perfomance.

Pra-tempahan bagi kedua-dua model telahpun dibuka dengan penghantaran akan bermula pada awal tahun 2023. Berikutan dari itu, Tesla merancang untuk mempunyai sekurang-kurangnya 10 stesen pengecasan pantas di Thailand menjelang suku pertama 2023. 

Penawaran harga jualan Tesla di Thailand dilihat sangat berpatutan dengan harga jualan bermula dari RM221K untuk Model 3. Besar harapan untuk melihat Tesla memasuki pasaran Malaysia dengan harga yang berpatutan seperti pasaran Thailand.

ARTIKEL BERKAITAN