Close

TikTok padam lebih 2113 video provokatif dan ekstremis

TikTok dilaporkan telah memadam lebih dari 2113 video yang berunsur provokatif dan ekstremis sepanjang Pilihan Raya Umum Ke-15.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 857 video telah dipadam ketika kempen bermula iaitu pada 12 hingga 18 November, manakala 130 video lagi dipadam ketika hari penggundian iaitu 19 November 2022.

Selain itu, pada 20 hingga 26 November sebanyak 1126 video telah dipadamkan secara automatik melalui sistem kecerdasan buatan TikTok.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) turut memberikan sejumlah aduan untuk menurunkan video kerana melanggar Garis Panduan Komuniti TikTok.

Berikutan dari itu, kerajaan akan meneliti semula undang-undang bagi mengekang penyebaran maklumat palsu di saluran media sosial.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN