Twitter kini memaparkan jumlah View pada Tweet yang dibuat - FUZZ.MY

Friday, December 23, 2022

Twitter kini memaparkan jumlah View pada Tweet yang dibuat


Twitter kini membawakan satu lagi fungsi baharu pada aplikasi mereka iaitu View Count. Melalui fungsi ini, ia akan memaparkan jumlah view yang melihat Tweet yang dibuat oleh pengguna.



Pada peringkat awal fungsi ini diperkenalkan, ia hanya memaparkan statistik dan hanya dapat dilihat oleh pemilik Tweet dengan menekan ikon statistik. Namun, melalui kemas kini terbaru, jumlah statistik view kini dipaparkan secara umum.


 

Fungsi ini adalah sama seperti pada platform lain yang memaparkan view. Namun, menurut Elon Musk, kehadiran fungsi ini akan menjadikan Twitter meriah kerana lebih dari 90% pengguna Twitter hanya membaca tanpa membalas atau menyukai Tweet yang dibuat kerana itu adalah tindakan normal pengguna awam.