Close

Twitter mengharamkan perkongsian pautan media sosial lain seperti Instagram dan Facebook

Semenjak Twitter diterajui oleh Elon Musk pelbagai perubahan telah dilakukan. Terkini, Twitter telah mengubah terma perkhidmatan mereka dengan mengharamkan perkongsian pautan media sosila lain seperti Instagram dan Facebook.


Tidak hanya tertumpu pada Instagram dan Facebook, Twitter turut mengharamkan beberapa lagi media sosial lain seperti Mastodon, Truth Social, Tribel, Post dan juga Nostr. Bukan itu sahaja, Twitter turut mengharamkan pautan ke laman agregat seperti linktr.ee dan juga link.bio.

Akaun yang melanggarkan arahan tersebut akan digantung serta merta, dan sekiranya kesalahan berulang dilakukan akaun akan digantung selama-lamanya. Perubahan terma perkhidmatan ini dilihat sebagai salah satu cara untuk mengelak pesaing media sosial lain sekaligus menghalang kebebasan untuk bersuara.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN