Close

Unifi TV kini boleh diakses secara percuma sehingga 1 Januari 2023

Berita gembira buat semua pelanggan unifi, yang mana anda kini boleh mengakses semua saluran premium di unifi TV secara percuma sehingga 1 Januari 2023.

Akses percuma tersebut diberikan, sempena meraikan pencapaian Telekom Malaysia yang kini mempunyai 3 juta pelanggan unifi.

Penawaran ini membolehkan pengguna menikmati sehingga 72 saluran percuma tanpa sebarang kos tambahan. Yang mana bayaran yang patut dikenakan untuk saluran tersebut adalah RM60 sebulan melalui Pek Ultimate.

Tidak hanya terhad kepada Unifi TV, Telekom Malaysia turut sedia untuk menawarkan akses 5G secara percuma untuk semua pengguna Unifi Mobile.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN