Close

WhatsApp dilaporkan sedang menguji fungsi “View Once” pada teks

Pada ketika ini, WhatsApp sedia menawarkan fungsi View Once pada imej dan video. Yang mana fungsi ini hanya membolehkan pengguna untuk melihat kandungan imej atau video sekali sahaja.

Terkini, WhatsApp dilaporkan sedang menguji fungsi View Once pada teks. Fungsi tersebut telah dikesan pada kemaskini WhatsApp beta 2.22.25.20. Melalui fungsi ini, teks akan hanya dapat dilihat sekali sahaja selepas ia dibuka seterusnya akan dipadamkan secara automatik seperti mana pada imej dan video.
Fungsi ini dilihat sangat berguna dalam menghantar maklumat penting melalui teks dan dapat menambahkan lagi privasi pengguna.
Namun begitu, fungsi ini masih lagi dalam fasa pembangunan, dijangka akan tersedia untuk semua pengguna dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN