Close

Xiaomi 12T Pro edisi Daniel Arsham diperkenalkan

Xiaomi dengan kerjasama Daniel Arsham telah menghasilkan edisi khas Xiaomi 12T Pro yang dipanggil sebagai Daniel Arsham Edition. Melaluinya, ia tampil dengan idea “Arkeologi Masa Depan”.

Xiaomi 12T Pro edisi khas ini membawakan perubahan yang ketara bermula dari kotak pembungkusan sehinggalah kepada peranti. Membawakan rekaan seperti arca dengan warna keusangan dan tekstur seperti hakisan semula jadi. Selain itu, ia juga hadir dengan sedikit perubahan pada antaramuka dengan tema warna keusangan.


Ia masih membawakan spesifikasi yang sama dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1 yang digabungkan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1. Dilengkapkan dengan kamera utama 200MP (OIS) Samsung ISOCELL HP1.


Malangnya, Xiaomi 12T Pro Daniel Arsham Edition ini hanya tersedia untuk pasaran Eropah sahaja. Selain itu, ia hanya dijual dalam kuantiti yang terhad iaitu 2000 unit sahaja dan akan mula dijual bermula pada 16 Disember 2022. 

ARTIKEL BERKAITAN