Close

Xiaomi 13 Pro dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia

Xiaomi sebelum ini telahpun menjadualkan acara pelancaran Xiaomi 13 pada 1 Disember lalu. Tetapi, acara pelancaran tersebut terpaksa ditunda kepada satu tarikh yang belum diumumkan.

Menariknya, biarpun tarikh pelancaran baharu belum diumumkan. Namun, terdapat laporan mengesahkan yang Xiaomi 13 Pro dikesan telah melepasi pengesahan SIRIM Malaysia. Melalui pengesahan itu. memperlihatkan yang Xiaomi 13 Pro menggunakan nombor model 2210132G dan didaftarkan pada 2 Disember 2022 oleh oleh Xiaomi Technologies Malaysia Sdn. Bhd

Berdasarkan perkongsian Xiaomi sebelum ini, Xiaomi 13 dijangka hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 2,  RAM LPDDR5X, storan UFS 4.0, skrin jenis OLED, kamera Leica dan juga penarafan kalasi debu dan air IP68.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN