Close

Xiaomi menjadualkan acara pelancaran Xiaomi 13 pada 11 Disember ini


Xiaomi sebelum ini telahpun menjadualkan acara pelancaran Xiaomi 13 pada 1 Disember 2022. Tetapi, acara tersebut terpaksa ditunda kerana bekas presiden China meninggal dunia.



Terbaru, Xiaomi telah menetapkan tarikh baharu acara pelancaran Xiaomi 13 iaitu pada 11 Disember 2022. Pada acara tersebut, Xiaomi turut akan mengumumkan sistem operasi baharu iaitu MIUI 14 yang berasaskan Android 13.



Siri Xiaomi 13 akan menjadi peranti pertama dari Xiaomi yang dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2. Selain itu, ia juga akan dilengkapi dengan RAM LPDDR5X, storan UFS 4.0, skrin jenis OLED dan juga penarafan kalis debu dan air IP68. Tidak ketinggalan, ia juga akan dilengkapi dengan sistem kamera baharu dengan penjenamaan Leica.



Buat masa ini tidak banyak yang di maklumat spesifikasi yang di kongsi mengenai Xiaomi 13. Seperti biasa, akan lebih banyak maklumat akan didedahkan menjelang hari pelancarannya.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN