Close

Xiaomi mungkin akan melancarkan mini PC yang mirip seperti Apple Mac Mini

Buat yang masih tidak mengetahui, Xiaomi bukan sahaja menghasilkan telefon pintar dan peranti pintar sahaja, tetapi Xiaomi turut menghasilkan komputer riba antaranya adalah Book Air, Book Pro, Mi Notebook Pro dan juga redmibook Pro.

Terkini, terdapat laporan mengatakan yang Xiaomi mungkin akan menghasilkan Desktop PC. Perkara tersebut merujuk kepada berapa imej tertiris yang dikatakan sebagai Desktop PC dari Xiaomi.
Sumber : DigitalChatStation
Berdasarkan dari imej tersebut, memperlihatkan yang Xiaomi akan hadir dengan Desktop PC rekaan mini atau dipanggil sebagai mini PC. Menariknya, kedua-dua mini-PC ini akan menjalan sistem operasi Windows.
Malangnya, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi penuh untuk mini-PC pertama dari Xiaomi. Namun, kedua-dua dijangka akan dikuasakan dengan cip dari AMD. Seperti biasa, akan lebih banyak maklumat akan dikongsi dari masa ke semasa mengenai peranti ini.

ARTIKEL BERKAITAN