Close

Yes 5G kini tersedia di Melaka


Yes mengumumkan yang Melaka kini merupakan salah satu negeri yang menyokong perkhidmatan rangkaian 5G mereka. Melalui penawaran itu, pengguna di Melaka kini boleh menikmati kelajuan rangkaian melalui Yes 5G.


Dengan pengumuman itu, sebanyak 216 kawasan di Melaka telah mula menerima perkhidmatan rangkaian 5G yang meliputi Bandaraya Melaka dan juga Ayer Keroh. Dijangka akan lebih banyak kawasan akan menyokong rangkaian 5G dari masa ke semasa.


Sebelum ini, Yes turut mengumumkan beberapa negeri lain yang telah menyokong perkhidmatan rangkaian 5G seperti Pulau Pinang, Perlis, Perak, Johor dan terbaru adalah Melaka. Yes dijangka akan terus melebarkan sayapnya ke negeri lain tidak lama lagi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN