Close

3 fungsi yang anda perlu tahu pada iOS 16.3


Seperti kita tahu, Apple telahpun melepaskan kemaskini terbaru iaitu iOS 16.3. Melaluinya, ia hadir dengan sejumlah penyelesaian masalah dan juga beberapa fungsi baharu.



Berikutan dari itu, kami ingin berkongsi mengenai tiga fungsi menarik yang ada pada iOS 16.3.


Security Keys



Fungsi security keys akhirnya tiba untuk Apple ID. Yang mana, fungsi ini membolehkan pengguna untuk menggunakan kunci keselamatan pihak ketiga dan bukannya pengesahan dua faktor untuk Apple ID.


Secara asasnya, cara kerja security keys ini adalah sama seperti kunci rumah. Masih lagi menggunakan kata laluan, tetapi ia mempunyai lebih banyak lapisan tambahan yang membantu untuk melindungi pengguna dari penipuan pancingan data dan penggodam.


Fungsi ini juga adalah pengganti kepada sistem keselamatan melalui pengesahan kod. Namun begitu, ciri ini hanya boleh digunakan dengan security keys yang diperakui oleh FIDO Alliance.


Advanced Data Protection for iCloud



Fungsi Advanced Data Protection for iCloud kini tiba untuk semua pengguna. Yang mana, fungsi ini telahpun tiba lebih awal untuk pengguna Amerika Syarikat melalui iOS 16.2.

Fungsi ini menyediakan tahap keselamatan data awan pada tahap tertinggi melalui kaedah hujung ke hujung. Selain itu, fungsi ini juga boleh digunakan untuk memulihkan data sekiranya pengguna kehilangan akses pada akaun Apple ID.

Fungsi ini juga boleh disegerakan dengan beberapa aplikasi lain seperti iCloud Drive, Photos, Notes, Reminders, Safari bookmarks, Siri Shortcuts, Voice Memos, dan juga Wallet passes. Fungsi ini, memerlukan pengguna mengaktifkannya secara manual.

 Emergency SOS


Fungsi ini bukanlah fungsi baru yang disertakan pada iOS 16.3. Tetapi, fungsi ini telah menerima penambah baikkan dari segi cara penggunaan untuk mengelakkan panggilan kecemasan dibuat secara tidak disengajakan.

Jika sebelum ini, untuk melakukan Emergency SOS pengguna perlu menekan dua butang secara serentak dan menahannya (Call with Hold) . Namun pada iOS 16.3, cara tersebut telah ditukar dengan menekan dua butang secara serentak dan lepas (Call with Hold and Release).

Terdapat dua lagi cara penggunaan Emergency SOS iaitu Call with 5 Button Presses, yang mana dan juga Call Quietly.

ARTIKEL BERKAITAN