Close

4 sebab kenapa USB-C lebih baik daripada Lightning


Siri iPhone 15 dijangka akan menjadi iPhone pertama hadir dengan port pengecasan jenis USB-C bagi menggantikan port pengecasan jenis Lightning.  
Berikutan dari itu, kami ingin berkongsi empat sebab kenapa USB-C adalah lebih baik daripada Lightning.

Teknologi pengecasan


Teknologi pengecasan pada kedua-dua kabel ini adalah sangat ketara. Yang mana, USB-C menyokong pengecasan pantas sehingga 210W yang digunakan pada Redmi Note 12 Explorer, sementara Lightning hanya menyokong pengecasan pantas 27W yang digunakan pada iPhone 14 Pro Max.

Dengan pengecasan yang lebih pantas, masa mengecas akan menjadi lebih singkat sekaligus memudahkan lagi urusan seharian.

Penghantaran data 


Kelajuan penghantaran data adalah bergantung kepada standard USB yang digunakan. Untuk USB-C ia menggunakan standard USB 3.2 yang mana teknologi ini menyokong kelajuan penghantaran data sehingga 20Gbps.

Manakala, Lightning menggunakan standard USB 2.0 yang mana teknologi ini hanya menyokong kelajuan penghantaran data pada 480Mbps sahaja.

Boleh diterbalikkan (One End vs. Double End)


Perbezaan ini boleh dikatakan tidak begitu ketara. Tetapi, perbezaan ini mungkin akan membuatkan anda bersetuju untuk menyatakan USB-C lebih baik dari Lightning. Kedua-dua kabel ini boleh digunakan secara terbalik, tetapi pada USB-C ia boleh digunakan pada kedua-dua bahagian iaitu secara hujung ke hujung ( C to C). Biarpun perbezaan ini nampak kecil. Namun, ia tetap memberikan kelebihan pada pengguna USB-C.

Sokongan yang meluas (One for all)


Pada ketika ini USB-C telahpun digunakan secara meluas, bukan sahaja pada telefon pintar tetapi juga digunakan kebanyakan peranti elektronik. Sementara, Lightning hanya terhad kepada produk Apple sahaja dan tidak menyokong fungsi yang pelbagai seperti USB-C.

Seperti di awalan, yang mana kami menyatakan siri iPhone 15 dijangka akan menggunakan USB-C. Ia pasti menjadi berita gembira untuk pengguna iPhone. Dengan menggunakan sambungan USB-C, iPhone 15 dijangka akan menawarkan pengecasan dan juga penghantaran data yang lebih pantas dari sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN