Close

5 teknologi menarik yang diperkenalkan pada acara CES 2023

Buat yang tidak mengetahui, CES (Consumer Electronic Show) adalah acara teknologi yang paling popular dan berpengaruh di dunia. Pada acara ini, terdapat pelbagai teknologi baharu yang menarik diperlihatkan.

Sehubungan dengan itu, kami ingin berkongsi mengenai 5 teknologi menarik yang diperkenalkan pada CES 2023.

1. Sony Project Leonardo


Sony Project Leonardo adalah Kit alat kawalan konsol yang boleh diubah mengikut keselesaan pengguna yang dicipta khas untuk PlayStation 5. Menariknya, setiap butang pada kit kawalan ini boleh ditukar dan boleh diprogram mengikut profil pengguna tertentu.

Secara asasnya, Project Leonardo ini dibina bagi pengguna kurang upaya untuk bermain permainan konsol dengan lebih mudah, lebih selesa dan untuk tempoh yang lebih lama.

Project Leonardo ini juga boleh digunakan secara terus, digabungkan dengan Dual-Sense controller atau dengan sebuah lagi Project Leonardo.

2. BMW i Vision Dee

BWM i Vision Dee adalah sebuah kereta elektrik yang dibina dengan konsep minimalis bersama dengan teknologi yang membolehkan ia berkomunikasi dan berinteraksi dengan pemandu.


Kereta konsep ini juga menawarkan keupayaan untuk mencipta profil pemandu dan mampu untuk menukar warna kereta sehingga 32 warna dengan hanya menggunakan aplikasi. Selain itu, ia juga dimuatkan dengan beberapa ciri digital seperti augmented reality dan juga voice-driven virtual assistants. 


3. Sony AFEELA


Merupakan kereta elektrik pertama dari Sony dengan kerjasama Honda Mobility (SHM). Hadir dengan rekaan yang futuristik dan aerodynamik. 


Dibina berasaskan hubungan interaktif di mana pengguna dapat merasakan mobiliti interaktif yang mampu mengesan dan memahami melalui teknologi penderiaan dan juga AI. Sehubungan dengan itu, lebih dari 45 penderia dimuatkan untuk meningkatkan keupayaan mengesan objek dan juga pemanduan autonomi.


Penjualan pertama kereta elektrik ini dijangka bermula pada tahun 2025 atau 2026 dengan Amerika Syarikat akan menjadi negara pertama.

4. Lenovo Yoga Book 9i

Lenovo Yoga Book 9i merupakan sebuah komputer riba dengan kebolehan dwi-skrin OLED bersaiz 13.3-inci resolusi 2.8K. Dikuasakan dengan cip Intel Core i7 (Gen-13) yang dipadankan dengan 16GB RAM dan storan dalaman 1TB SSD.

Lenovo Yoga Book 9i didatangkan dengan papan kekunci yang boleh digunakan secara berasingan,  folding kickstand dan juga pen stylus. Komputer riba ini boleh digunakan dalam pelbagai posisi dan boleh dilipat sehingga kedudukan 90 darjah. Lenovo Yoga Book 9i dijual pada harga bermula dari $2100 (~RM9180).

5. LG MoodUP



Teknologi terakhir yang menarik adalah, LG MooUP  yang mana ia merupakan Peti ais pintar dari LG yang mempunyai lampu LED boleh ditukar mengikut citarasa pengguna melalui aplikasi.

LG MoodUP ini mempunyai empat atau lebih pintu dengan semua pintu boleh ditukar warna secara padan dan suai yang menyokong sehingga 190000 warna. 

Selain itu, ia turut mempunyai pembesar suara Bluetooh yang boleh disambungkan dengan telefon pintar dan juga LG InstaView yang membolehkan pengguna melihat apa di dalam peti sejuk dengan mengetuk sebanyak dua kali.

ARTIKEL BERKAITAN