Close

500 unit BYD Atto 3 kini dalam proses penghantaran ke Malaysia

BYD melalui hantarannya di Facebook rasmi mereka iaitu BYD AsiaPacific memaklumkan yang 500 unit BYD Atto 3 kini dalam proses penghantaran ke Malaysia.

BYD Atto 3 telahpun dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada Disember tahun lalu. Hadir dalam dua pilihan varian iaitu Standard Range dengan bateri 49.92 kWj dan Extended Range dengan bateri 60.48 kWj. 


Kedua-dua model menggunakan bateri Blade EV dengan motor elektrik yang mampu menghasilkan 204 PS dan 310 Nm tork dengan 0 ke 100 km/j hanya dalam 7.3 saat. Atto 3 Standard Range mampu berjalan sehingga 345 km sementara untuk Extended Range pula ialah sekitar 420 km. 


Untuk pengecasan, Atto 3 ia menyokong pengecasan AC sehingga 7 kW dan pengecasan pantas DC sehingga 70 kW yang mampu mengecasa dari 0 ke 80% hanya dalam 45 minit sahaja.

Di Malaysia, harga jualan Atto 3 varian Standard Range adalah RM149,800, manakala untuk Extended Range pula adalah RM 167,800. Setiap pembelian didatangkan dengan waranti kilang selama enam tahun atau 150,000 km, manakala bateri Blade EV mempunyai waranti selama lapan tahun atau 160,000 km.

ARTIKEL BERKAITAN