Close

Apple dilaporkan akan menggunakan skrin sendiri menjelang 2024

Jika sebelum ini Apple merancang untuk menggantikan cip WiFi dan Bluetooth dengan cip sendiri dalam usaha untuk mengurangkan kebergantungan kepada pengeluar lain.

Terkini,  Apple bukan sahaja merancang untuk menggantikan cip WiFi dan Bluetooth sahaja, malah syarikat tersebut turut merancang untuk menggantikan skrin semasa kepada skrin tersuai sendiri.

Menurut Bloomberg, Apple dijangka akan mula menggantikan skrin tersuai sendiri kepada peranti mudah alih mereka bermula 2024. Untuk permulaan, Apple dijangka akan menggunakan skrin tersuai sendiri pada Apple Watch Ultra. Apple juga akan bertukar daripada skrin OLED kepada skrin microLED.

Seterusnya, Apple merancang untuk menggunakan microLED pada peranti lain termasuk iPhone. Pada ketika ini, kebanyakan skrin peranti Apple menggunakan teknologi dari Samsung dan LG. 

Namun begitu, rancangan Apple untuk menghasilkan skrin tersuai sendiri mungkin mengambil masa yang lebih lama berikutan peralihan tersebut berpotensi untuk ditangguhkan jika terdapat masalah dari segi pengeluaran.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN